List

Tidak dinafikan, suatu masalah yang timbul jika diselidiki sehabis baik, salah faham mungkin salah satu daripada puncanya. Kurang komunikasi dan beranggapan fahaman kita sudah memadai, menyumbang kepada satu-satu permasalahan. Sedari awal, perbincangan antara satu sama lain akan sentiasa mengharmonikan keadaan.

Berkerja secara berkumpulan, kita harus akui, tidak semua dapat memberikan komitmen. Melalui pengalaman kita, kita dapat lihat bahawa ini adalah benar. Kita sedar dengan berkerja secara berkumpulan, banyak kerja serta tujuan dapat dituntaskan memandangkan lebih banyak tangan dan akal digunakan dalam menyudahkan sesuatu kerja. Keputusan biasanya dibuat secara kolektif dan haruslah dipersetujui secara konsensus dan ini semua dicapai melalui perbincangan secara menyeluruh. Keputusan kolektif yang dipersetujui haruslah diterima dengan penuh berlapang dada bagi membolehkan agenda aktiviti dapat dijayakan.

Apabila wujud salah faham, akan berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli kumpulan. Suatu masalah haruslah dibincang dan teguran sekiranya perlu hendaklah dilakukan dalam kalangan pihak yang berurusan secara langsung sahaja. Ini bagi memastikan, tiada salah faham dan tanggapan negatif diberikan kepada mana-mana pihak.

Teguran yang penuh berhemah dengan niat untuk memperbaiki masalah yang sedia ada amatlah molek sekiranya dilakukan secara individu. Ini secara langsung menidakkan sebarang perasan kurang selesa sekiranya ada kepada pihak yang diberi teguran. Teguran melulu tanpa berfikir panjang yang dikuasai perasaan yang tidak menentu, boleh mengaburkan niat asal teguran yang pada awalnya bersifat untuk memperbaiki kesalahan bertukar kepada niat lain, yang mana, jika dinilai orang umum boleh bertukar kepada fikiran yang tidak baik.

Teguran yang diberi melalui tulisan boleh berubah-ubah mengikut nada pembacanya. Oleh itu, teguran umum nak-nak lagi ditujukan kepada pihak yang tidak tahu letak duduk sesuatu perkara membolehkan persepsi serta terjemahan yang pelbagai. Boleh jadi negatif dan positif. Hidup sebagai masyarakat, kita sentiasa meraikan perbezaan pendapat dalam konteks ini teguran. Tetapi dalam masa yang sama teguran juga perlu berhemah, sesuai dengan norma masyarakat timur yang sentiasa berlembut dalam semua perkara dan ianya perlulah dijayakan dengan penuh perasaan bertanggungjawab. 

Oleh itu, berfikirlah terlebih dahulu atas apa jua tindakan yang hendak dilakukan. Teguran secara umum, nasihat secara umum juga adalah padanan yang dilihat bersesuaian. Persekitaran yang harmoni membolehkan kerja yang dirangka menjadi lebih berkualiti dan dapat dijalankan dengan baik walau apa pun ranjau yang ditempoh. Berlapang dadalah dengan apa juga yang berlaku. Semua pihak tidak perlu bersikap terlampau defensif atas sesuatu perkara. Teguran amatlah wajar diberikan penuh berhemah dan atas perasaan yang penuh bertanggungjawab. 

Sekali lagi, perbincangan untuk mencari solusi kepada sesuatu masalah boleh berlaku dengan baik tanpa melibatkan orang yang tidak ada kaitan. Tetapi sebaliknya boleh berlaku apabila usaha mencari solusi kepada sesuatu masalah dibincang bersama orang-orang yang tidak terlibat secara langsung sehingga boleh terjadi fitnah kepada semua yang terlibat! Ingat, semua cerita mempunyai dua bahagian, tidak adil sesuatu perkara diadili berdasarkan cerita sebelah pihak sahaja. Jika masalah sudah berlarutan, dua pihak haruslah mempersembahkan cerita masing-masing. Di situ, pihak yang suka menilai, bolehlah menilai. Diam tak bererti salah. Kadang-kadang diam itu lebih baik bagi memastikan keadaan tegang beransur-ansur menjadi tenang kembali. 

Sebagai manusia, teruslah berkelana dalam menempuh liku-liku hidup. Jika sampai dipersimpangan, berhentilah, sekiranya berhenti dapat mengajar iktibar hidup. Jalahlah, sekiranya dengan berjalan, lebih luas perspektif hidup dapat diterokai. Sesungguhnya, hentian yang terakhir adalah hentian menghadap Sang Ilahi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
September 1st, 2019

Ucapan Ma’al Hijrah 1441H

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu […]

September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

September 1st, 2019

Menghayati Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh rasa syukur

Dalam kebersamaan pasti wujud perbezaan. Raikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Usah […]

August 22nd, 2019

Data Science Programming Workshop – Phyton & R Languages

Pusat Sains Matematik akan mengambil pelajar buat pertama kalinya bagi kursus Bachelor Degree – Data Science (Hons.). Pengambilann pertama adalah […]

August 20th, 2019

Meraikan penubuhan Pusat Sains Matematik di UMP

Sejajar dengan penstrukturan baru pentadbiran di UMP seiring dengan lantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, Program Sains Matematik […]

August 20th, 2019

Impian menjadi pembaca berita menerusi #bacaberitachallenge

Masa kita kecil, kita mungkin ada kerjaya impian kita. Ada yang tengok polis terus terinspirasi untuk menjadi polis bila dewasa […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 16th, 2019

Research Visit & Discussion at Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology, UTeM Melaka on 13 – 16 August 2019

My research visit this time require me to travel all the way to Melaka. My visit started on 13 until […]

August 16th, 2019

Research Visit at UTM 16 – 18 July 2019

I visited UTM to discuss the progress of my research grant and to seek advice from my former PhD supervisor, […]

August 12th, 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019 1440H

Selamat hari raya qurban diucapkan buat semua umat Islam di dunia. Semoga umat Islam yang menunaikan haji pada tahun ini […]