Hari Sabtu, 28 Julai 2018, kena pergi UMP kerana ada tugasan rasmi. Mengikut perancangannya, nak kena ambil kawan, bersama-sama ke UMP, carpool konsepnya. Nak dijadikan cerita, mula lah untuk start kereta tepat jam 9 pagi. Tetapi, usaha nak menghidupkan kereta nampaknya gagal. Eh pertama kali kereta tak boleh nak hidup! Cluster meter kereta kelihatan begini.
Maka, cepatlah telefon kawan mengadu nasib dan berita, perkhabaran berkaitan kereta tak boleh hidup. Sambung saya lagi, ketika kali terakhir servis kereta, keadaan bateri kereta pada tahap memuaskan. Tangan mula mencapai telefon dan log in FB dan terus ke Group FB Honda Jazz Malaysia. Selidik punya selidik, sah, masalah bateri!
Atas cadangan rakan, dia mencadangkan untuk memuat turun aplikasi “Bateriku.com” untuk memudahkan urusan memeriksa bateri semasa dan sekiranya betul-betul bermasalah, terus menukar bateri lama dengan menggunakan bateri baru.
Interface aplikasi yang sangat mudah dan urusan penempahan bateri kereta adalah semudah ABC. Siap ada opsyen untuk memilih waktu yang bersesuaian mengikut waktu pilihan kita.
Terdapat beberapa jenama bateri dicadangkan sebelum kita menyudahkan urusan penempahan. Selepas selesai urusan penempahan bateri, selang beberapa minit, pihak Bateriku.com akan menelefon untuk mengesahkan beberapa maklumat dan agen mereka akan datang terus ke rumah untuk proses seterusnya. Servis mereka hampir meliputi seluruh kawasan di Malaysia.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memudahkan urusan anda semua pada masa akan datang!
Leave a Reply