Trip to Hatyai Day1
Selepas balik dari membuat Audit ISMS di RTM pada akhir bulan 10 yang lepas, saya berkesempatan untuk bercuti ke Hatyai dengan family. Ikut plan asal nak pergi Perlis sambil rasa pengalaman naik ETS, tapi kata officemate saya, dah alang-alang sampai Perlis, masuk la ke Hatyai. So saya pun ubah plan dan menamakan trip kali ini sebagai “Hatyai Backpackers”
Tentunya trip kali ni, saya buat research dengan bersungguh-sungguh sebab semuanya diuruskan sendiri (tak pakai khidmat agent/tourist guide). Lagipun rasa macam .. “apa la sangat pergi Hatyai tu, boleh je buat sendiri semua”… so kami pun start study sikit sebanyak tentang tempat-tempat menarik di Hatyai, cara nak pergi sana dan macam-macam lagi. Terasa macam penyiasat sebab banyak juga nak kene study sebelum pergi.
Oleh kerana kami dah terbeli tiket ETS ke Arau (sebab plan asal nak g Perlis), maka kami terpaksa fikirkan method lain untuk sampai ke Padang Besar dari Arau. Punya la study kos teksi, kos grab hingga melihat kepada jadual perjalanan train ke Padang Besar dari Arau, rupa-rupanya, kalau kita tersalah beli tiket ETS tu sampai Arau je, jangan risau, jangan gelabah sebab Arau adalah stesen terakhir sebelum sampai ke Padang Besar (20minit untuk sampai ke Padang Besar dengan ETS). So korang tenang-tenang saja la, dan pastikan beritahu pada kelindan train yang tiket korang tu sampai ke Arau je, so if korang bernaseb baik, korang boleh duduk free je sampai ke Padang Besar dalam ETS tu tanpa perlu bayar additional cost ETS sebanyak RM10. Dan kami adalah insan-insan terpilih itu. Its FREE guys..haha..Alhamdulillahh.
Okeh, perjalanan dari TBS ke Padang Besar sebenarnya mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih hampir ke 7 jam. Kitorang start naik dari TBS pada pukul 9.30 pagi dan sampai di Padang Besar jam 4.20 petang waktu Malaysia (kalo tak silap) . So nak cite sket, dalam ETS ni korang jangan risau, diorg ada sediakan mini musolla (boleh muat 2 org dalam satu masa – siap dengan paip air untuk berwudhuk) atau kalau korang tak selesa, boleh jamak je, tapi saya pilih untuk settlekan solat dulu dan buat jamak taqdim + qasar – kurang selesa sikit sebab train bergerak laju dan korang akan rasa terhuyung hayang masa solat tu. But its ok..baru adventure guysss..haha.. Dalam ETS ni juga disediakan toilet duduk yang sangat selesa dan bersih, tapi limited la. Tips : Naseb aritu seat kitorg dekat dengan toilet, tandas dan cafe dia, boleh pilih Coach C: Seat : 8D – memang kitorang happy sangat time pergi tu. Selain tu, korang boleh menikmati pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan termasuklah melalui Tasik Merah di Bukit Merah Lake Town Resort.
Bila dah sampai ke Padang Besar tu, kitorang cepat-cepat turun dan berkejar untuk beli tiket masuk ke Haytai pula. Kami pilih naik train sebab memang nak rasa adventure dia tu.hahah..tiket train masuk Hatyai RM7 – 50 baht duit Thai (korang boleh bayar pakai duit RM kalau time tu tak ada duit Baht kecik, diorang terima je) cumanya korang akan cakap bahasa ayam itik la dengan pegawai train Hatyai tu sebab dia tak fasih English guys…huhu.. train masuk ke Hatyai hanya ada 2kali sahaja iaitu pagi jam 9 dan petang jam 5.35 tak silapnya dan mereka sangat punctual..if korang terlepas train tu, cari van sewa sekitar situ ok.
Bila dah beli tiket tu, korang kene pergi ke bilik sebelah untuk pickup 1 borang untuk diisi seperti di bawah :
Make sure korang tulis semua nya dengan jelas, sebab nanti pegawai imigresen reject. Pastu korang akan merasa betapa azabnya nak kene berbaris dan berebut-rebut untuk masuk lane masa nak check imigresen tu. Tapi mujur je semua sempat sebelum train bergerak. Yang ni memang horror, korang akan rasa sedikit serik bila naik train ni..huhu..tapi again..nak adventure kan? hihu..
Train ke Hatyai tu, korang boleh pilih yang open air atau yang ber-aircond, so kalau nak adventure, pilih la yang open air. Angin kuat je menampor muka korang bila naik train open air ni.haha. Tapi korang jangan mimpi la train dia macam train kita kat Malaysia ni, train diorang jauh lebih buruk dari kita tapi ok la..janji sampai.
Perjalanan dari Padang Besar (sempadan) ke stesen keretapi Hatyai mengambil masa lebih kurang 45 minit kot, lupa dah nak tengok jam time tu.. tak lama pun, dan korang boleh jamu mata tengok pemandangan kawasan kampung sebelum sampai ke bandar Hatyai tu. Dan kalo korang nak sembang-sembang dalam train ni, memang kene cakap jerit-jerit sebab bunyi dia bising yakmat uiii…hahaha..macam nak gaduh dah bila sembang. And waktu petang tak terlalu sesak dengan penumpang, so bagi saya, ok je laa..
Sampai je stesen Hatyai tu, korang boleh terus keluar je, sebab dah tak ada pemeriksaan apa-apa. Boleh terus cepat-cepat pilih tuktuk dan pergi ke hotel, tapi kalo agak-agak yakin boleh jalan kaki sampai ke hotel, dipersilakan jalan kaki guna waze atau google maps. Kitorang sebab tak tau hujung pangkal lagi masa sampai tu, so pilih untuk naik tuk tuk dengan bayaran 30 baht sorang. Just bagitau je korang nak g hotel mana, atau tunjuk kan hotel booking ticket pada pemandu tu, pandai-pandaila nanti dia cari kan hotel korang tu. Sekali lagi korang kene cakap bahasa ayam itik dengan pemandu tuk tuk sebab kebanyakan mereka memang tak tahu speaking. Tips: untuk pemilihan hotel ni : cari hotel ditengah-tengah bandar supaya korang boleh jimat duit, boleh jalan kaki je nak g pasar malam dekat lee garden plaza tu, dan area bandar lebih senang cari kedai makan yang halal. I choosed D’One Hotel (3star hotel with no breakfast) – booking kat Agoda.com
So sampai je hotel tu, korang boleh la relax-relax dulu sementara nak tunggu azan maghrib – waktu Hatyai la, jangan korang ikut waktu Malaysia pulak..waktu sana lambat 1 jam dari waktu Malaysia (GMT +7)
Lepas buat jamak + qasar, korang boleh start keluar hotel, just jalan kaki je around 150 meter macam tu, dah jumpa Lee Garden Plaza street (bangunan yang ada Mc’ Donalds) kat situ korang boleh beli macam-macam, makan macam-macam food street (tapi kene hati2 sebab makanan no halal pun bersepah di jual). Tips: saya cuma akan beli di gerai-gerai yang ada tanda HALAL sahaja, even kalau yang tukang jual tu pakai tudung, tapi tak letak tanda HALAL, maka saya akan syubhah..huhu..so tak beli la..cari gerai lain, belambak lagi gerai lain.
Kat sini korang sediakan duit banyak la sebab paling murah food street yang korang boleh beli pun around 20 baht (buah potong) so kalo korang memang mengidam nak makan udang yang merah-merah tu, kena sediakan duit lebih la. Kalau tanya bab udang ni, jujurnya saya nak bagitau, rasa dia biasa-biasa je. Kalau dia jual udang yang tak segar, korang mesti lagi rasa hampa dan hampehhh..huhu.. Tips : So nak beli udang tu, make sure yang betul-betul fresh dan dia goreng tang-tang tu jugak.
Kat sini juga, korang akan jumpa dengan burung puyuh pakej with kuku kaki bergoreng. hahaha..serius tak lalu nak makan weh…hanya mampu pandang sahaja. Udang 8 ekor saiz sederhana 480 baht. so kalo korang convert to duit Malaysia, memang la agak mahal..but, tak pelah, sekali sekala je kan makan kat situ..pejam mata je la bayar.
Bila korang dah beli food street tu, korang akan rasai kesukaran untuk cari tempat duduk untuk makan, so bertabahah. Kalo jenis sempoi, boleh bawa alas dan makan sambil lepak-lepak tepi kaki lima bangunan kat situ, tapi seriously, memang ramai orang dan kalau bawak anak-anak kecik tu make sure jaga betul-betul. Kat food street ni, korang boleh beli aiskrim kelapa around 50 baht gitu harga dia, tapi nak dapat yang the famous one tu korang kena beratur panjang, and we decided untuk beli keesokan hari je sebab perut dah lapo nak makan, so jalan-jalan depan sikit dari plaza street tu untuk cari kedai makan halal..kitorang jumpa restoran hameed je time tu, tu pun penuh orang and naseb kitorg baik sebab ade satu meja untuk 4 orang makan kat kaki lima depan restoran tu, and kitorg boleh la duk situ.
Sementara nak tunggu makanan yang korang order tu siap, boleh la makan dulu food street yang korang beli tadi. Kitorang pun buat macam tu (siap mintak izin nak makan food street tu dengan waitress restoran) huhu
Oleh kerana ramai orang, so makanan kitorg order tu sampai lambat sikit tapi berbaloi la sebab tekak boleh terima. lepas makan tu, dah jadi macam ikan kembung sebab kekenyangan, and total kitorang makan kat Restoran Hameed tu around 587 baht untuk 4 orang termasuk air (order ala carte – kalau makan set lagi mahal rasanya) Pesanan penaja : Cuma satu je nak pesan, lepas siap-siap makan tu, make sure korang kemas makanan food street yang korang bawak tadi, tunjukkan yang korang ni ada adab sikit (dah bawak masuk makanan luar masuk kedai orang, kene la kemas dan buang sendiri – jangan tau makan je) -even susah sikit korang nak jumpa tong sampah kat jalanan, tapi last-last nanti korang mesti jumpa..bertabahlah..hehe dan paling penting, lepas makan toksah nak borak lama-lama kat situ, bagi ruang pada orang lain plak yang tengah tunggu turn nak makan. Bab ni saya tengok ada rakyat Malaysia yang sombong dan saja nak lengah-lengahkan, perangai tak elok jangan tunjuk kat negara orang guyss..
Lepas makan tu, korang boleh redakan kekenyangan perut dengan sambung shopping kat street bazaar tu, dan bazaar akan makin meriah start pukul 9 malam ke atas. Tips : Boleh tawar menawar tapi bagi saya, kalau nak beli souvenir atau baju, beli kat Floating Market.
Kat Lee Garden Street Market ni, korang boleh beli customade passport cover (souvenir wajib untuk diri sendiri tanda kenangan) dengan harga yang murah tau, tak silap harga 100 baht je.
So lepak la kat night bazaar tu sampai korang penat + mengantok ye 🙂
Tips : pihak hotel ada sediakan air mineral dalam bilik, tapi saya shubhah sebab takde tanda halal (memanjang shubhah, haha) so tak minum air mineral tu. Korang boleh beli siap-siap kat border (Padang Besar) atau boleh beli di Watsons, Hatyai atau di 7Eleven (botol besar 1.5liter harga 70 baht) . Jangan terlalu happy gi makan kat MC’Donalds area Lee Garden tu, check dulu HALAL ke tak, sebab lain negara, lain status HALAL nya. Sama juga kalau nak beli roti di 7Eleven, check ingredients atau make sure ada logo HALAL, baru beli. Tapi kalo korang jenis tak kisah apa yang korang makan, ok je kalo nak beli pun..hehe
Tips : kepala charger phone (sebab luar Malaysia diorang pakai pin yang berbeza) boleh beli area street tu sebiji tak ingat berapa baht, tapi kalo beli 3 biji lagi murah, so beli la 3 skaligus, share ngan kawan2. Then simpan elok-elok, next time travel oversea tak yah nak beli dah.
End of Day 1.
Recent Comments