Khasiat Daun Cekur Manis
Bulan lepas masa balik kampung, mak bekalkan saya dengan batang cekur manis. Katanya, cucuk-cucuk je kat tanah belakang rumah saya tu, mesti tumbuh elok. Saya pun ikut je la apa yang mak saya suruh, sampai je kat rumah, saya cucuk kat dalam pasu depan rumah dan tanah dibelakang rumah. Tak sampai sebulan pun, dalam 3 minggu macam tu, batang cekur manis yang dicucuk tu dah menghasilkan daun. Cukup la untuk saya makan 2 kali. Saya masak air (tumbuk bawang, bawang putih & lada hitam dan tambah sedikit isi ikan yang telah dibakar) di tambah dengan cendawan dan carrot. Memang sedap makan dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan (tetiba telan air liur time type blog ni..hahah) . Tapi tanam dan makan tanpa mengetahui khasiatnya? Tak puas hati, saya tanya pakcik google..
Tahukah anda, daun cekur manis ini mempunyai khasiat yang sangat baik? Meh saya kongsikan
Dikatakan, ia adalah salah satu tumbuhan yang mengandungi vitamin K. Daun cekur manis yang segar dan baru dipetik mengandungi lebih banyak provitamin A karetinoid, selain kaya dengan vitamin B, C, protein dan galian. Daun yang matang mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding daun muda.
Daun cekur manis boleh merawat :
- Pening kepala
- Tekanan darah rendah
- Panas badan
- Pengeluaran susu ibu yang kurang
- Sistem pembuangan air kecil bermasalah
- Penyakit jantung dan saluran darah (cardiovaskular)
- Wanita yang baru bersalin
![](http://blog.ump.edu.my/azlinaali/wp-content/uploads/sites/46/2018/02/20180211_100849.jpg)
Daun cekur manis yang baru dipetik dari depan & belakang rumah saya 🙂
So, lepas ni bolehla anda try tanam kat rumah pula. Kalau tak de tanah, boleh je tanam dalam pasu. Tak susah pun pokok ni nak hidup. Semoga bermanfaat..
sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_cekur_manis dan http://animhosnan.blogspot.my/2016/10/khasiat-herba-cekur-manis.html
A lot of thanks for your whole effort on this blog. My niece take interest in working on investigation and it’s easy to understand why. My partner and i notice all of the dynamic mode you render simple guides by means of your web site and therefore improve participation from some other people on that area of interest plus my princess is without a doubt discovering a lot. Take pleasure in the remaining portion of the new year. You are carrying out a good job.