My Review – Keropok Lekor Cheese BTB (Bukit Tok Beng) Terengganu
Keropok lekor merupakan makanan tersohor di Terengganu. Bak kata orang, tak sah datang ke Terengganu kalau tak makan keropok lekor. Mesti try dan bawa pulang sebagai buah tangan. Apa yang istimewanye dengan keropok lekor ni?? Dulu masa kecik-kecik time balik kampung di Terengganu, saya tak heran pun dengan keropok lekor ni. Bagi saya semuanya sama sahaja. Tiada istilah sedap dan tak sedap. Semua tibai je. Hehe
Saya mula sedar keropok lekor ni menjadi famous bila saya sambung degree di Melaka suatu masa dulu. Kawan-kawan selalu kirim keropok lekor, kata mereka keropok lekor Terengganu terbaikkk! ..Biar betul korang ni..saya rasa sama je. Tapi itulah hakikatnya, memang kalau tiap kali saya balik ke Terengganu, diorang akan kirim keropok lekor.
Dulu, sebut je Losong, mesti orang tahu, keropok di Losong adalah yang terbaik. Saya sendiri mempunyai ‘port’ tempat beli keropok lekor yang saya suka. Memang sedap even kalau tak goreng pun (makan keropok lekor rebus) sedap. Sampai sekarang pun saya rasa Losong tu jadi port keropok lekor.
Tapi masa berubah, ada pulak penemuan baharu port keropok lekor yang tersohor. Sampaikan saya sendiri pun tak tahu bila kawan sepejabat mengirim keropok lekor semasa saya berkursus di Terengganu bulan 11 yang lepas. Katanya, keropok lekor Bukit Tok Beng antara yang terfamous di Terengganu sekarang. Camana saya yang kampung kat Terengganu pun tak tahu ni? Hurm….sebabnya tiap kali balik Terengganu, saya cuma beli keropok lekor di area rumah saya je iaitu di Kampung Tok Molor, dekat dengan traffic light simpang 3 tu. Mak saya bagitau keropok lekor situ sedap, jadi tiap kali balik kampung, saya beli kat situ je. Tak kuasa nak pergi ke Bukit Tok Beng tu.. jauh kottt… dah nak sampai ke airport sana..
Kebetulan masa saya berkursus tu, saya stay Hotel Tabung Haji (TH) di area Gong Badak, jadi agak dekat lah dengan Bukit Tok Beng tu. So saya pun berniat la nak pergi kedai keropok lekor yang kononnya famous sangat tu, sampai ada kawan saya yang share nombor telefon kedai tu untuk order sebelum pergi. Katanya sure kene beratur panjang. Sebelum balik ke Kuatan, saya pun search la lokasi kedai tu dan bila pergi sana, memang banyak pun kedai keropok lekor kat situ, saya tak tahu yang mana satu dikatakan famous tu, tapi saya singgah di kedai Dynar Keropok. Alhamdulillah, kebetulan tak ramai orang dan saya boleh beli dengan aman, tak perlu beratur dan bersesak-sesak.
Dalam banyak-banyak variasi keropok lekor tu, saya teringin nak try keropok lekor cheese. Macam mana lah agaknya rasa keropok lekor cheese ni ek?
![](http://blog.ump.edu.my/azlinaali/wp-content/uploads/sites/46/2018/02/20171107_173023.jpg)
Keropok Lekor Cheese
Bila dah sampai rumah, saya try goreng keropok ni. Bentuk nya bulat-bulat sebesar bola ping pong. Kuantiti saya tak kira pulak berapa biji, tapi sepeket RM14. Kata pekerja di kedai tersebut, keropok ini tidak boleh direbus, hanya boleh digoreng, so saya pun goreng la (sebenarnya saya lebih suka makan yang rebus kerana tidak berminyak dan tak muak). So dibawah adalah hasil selepas digoreng
Secara jujurnya, saya suka dengan keropok lekor cheese ni, sedap! Rasa lemak-lemak masin cheese tu dan manis ikan, memang kombinasi yang baik. Namun, keropok lekor original jauh lebih sedap dan terasa feeling-feeling makan keropok lekor di Terengganu walaupun berada di Kuantan. hahaha.. Selera tekak masing-masing kan, so tiada yang salah, tiada yang betul. Apapun, saya puji penjual kerana lebih kreatif dalam memvariasikan rasa keropok lekor yang pelbagai demi memenuhi selera pengunjung.
So, kalau anda berkunjung ke Terengganu, boleh la mencuba keropok di kedai Dynar Keropok ni. Search je dalam Waze atau Google Maps, mesti jumpa. Apapun, inilah salah satu the Beautiful of Terengganu..
Recent Comments