Brunei Trip -Day 1
Every year, i actually spend sikit bajet untuk travel. Saja nak ambil angin luar and u know what guys, percaya tak kalau i katakan, setiap pengalaman travel yang uols dapat disepanjang perjalanan tu, selain menjadi kenangan, ia juga merupakan pengajaran dan pengalaman paling berharga untuk kita yang bukan saja memberi impak kepada diri sendiri, malah sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada persekitaran kita. Ianya meliputi aspek budaya, agama, cara hidup, cara bekerja dan cara mereka manage life di tempat mereka. Tak kira la samada di dalam negara atau di luar negara, uols pasti akan belajar sesuatu dari pengalaman travel tu sendiri.
So, untuk tahun 2019, i spend my 3D 2N kat Brunei. I ke sana 2hari sebelum ummat Islam menyambut Hari Raya AidilAdha. Some people around me, they ask me why do i choose Brunei and why on AidilAdha? Actually. bila-bila nak pergi pun ok je, tapi oleh kerana masa Hari Raya AidilAdha kitorang actually tak buat apa-apa aktiviti sangat, so why not kita travel kan? And why Brunei? Sebab Brunei salah satu negara yang selamat untuk dilawati dan juga tak serabut, senang nak cari makanan halal, plus, we just need to enjoy, relax and calm. Brunei is the best for that.
For this time, i actually not study too much about Brunei sebab hired tourist guide. So it’s more relax, and tak payah nak pening buat itinerary sendiri. Dari bab makan, tempat tinggal dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati semasa di sana, semua tourist guide yang uruskan. And i definitely need to said much thanks to our tourist guide, Tn. Hj. Muslin yang tersangat baik menerima kehadiran kami dan melayan setiap permintaan kami semasa di sana. Thank you Tn. Hj. Muslin! i really meant it..
Flight kami dari Kuala Lumpur ke Brunei adalah pada jam 6.35am. Kami tiba di airport Brunei pada jam 9.05am. Before landing, flight attendant akan edarkan sekeping borang masuk ke Brunei, i actually lupa nak snap gambar borang tu, tapi yang penting sebelum nak isi borang tu, make sure korang tahu alamat hotel/homestay yang korang nak duduk sepanjang di Brunei. I tak ambil tahu langsung pasal homestay (sebab Tn.Hj. Muslin memang ada homestay) yang i nak stay kat Brunei, so it’s quite difficult bila nak declare dalam borang tu. Take time jugak masa nak isi borang tu..huhu..owh actually, kat Brunei, tak sama macam Malaysia ni boleh buat homestay suka hati. Di sana, setiap homestay perlu di daftarkan dibawah Kementerian Pelancongan Brunei dan syarat-syarat nya agak ketat. Which is yang i tahu hanya homestay under Tn. Hj. Muslin dan 1 lagi homestay (orang lain-taktau nama) saja yang betul-betul didaftarkan di sana. So korang better duduk hotel if pergi travel sendiri kat sana ya.
Di pintu keluar airport, Tn. Hj. Muslin dah sedia tunggu kami. It was our 1st time there, and 1st time jumpa Tn. Hj., tapi beliau seakan macam tahu kami adalah guess beliau. Sapaan dari beliau buat kami lega. Owh, kalau u guys nak beli simkad, uols boleh beli di airport, harganya taklah murah kalau convert dengan duit RM, i can’t remember the price, tapi bagi i la..if u guys dah hired tourist guide, no need to spend duit beli simkad. Korang nak guna internet tu nak buat ape je kan? nak upload gambar-gambar kat socmed pun, korang boleh upload kat hotel/homestay lepas dah habis buat daytour tu nanti. enjoy je korang punya tour seharian tanpa tengok phone or nak reply2 whatsapp bagai tu..nama pun bercuti..ye dok? hehe..
Tn. Hj. Muslin brief us well pasal Brunei semasa dalam kereta menuju ke sebuah restoran untuk late breakfast merangkap early lunch. Oleh kerana hari kami sampai di sana tu hari Jumaat, so beliau bawak kami pergi makan dulu kemudian balik ke rumah beliau (yang beliau jadikan sebagai homestay)..
Selepas solat Jumaat, around 3pm, kami dibawa menuju ke Perkampungan Ayer. Perkampungan Ayer ni besar tau, so boleh dikatakan half day tu habis kat sini je. Kami dibawa menaiki bot dan singgah di rumah tamu milik pengguni di kampung ni. Rumah diorang ni besar -besar tau walaupun berada di atas air. Disini, kami dihidangkan dengan beberapa jenis tradisi masyarakat Brunei antaranya Selurut. Memang sedap dan uols kena try kalau datang ke Brunei.
Selepas bermandi peluh berjalan di sekitar Kampung Ayer, kami dibawa ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. Masjid ini merupakan masjid yang menjadi tumpuan di bandar Seri Begawan. Dikhabarkan, masjid ini mempunyai 28 buah kubah dan kubah utamanya diperbuat daripada emas tulen. I sempat solat sunat dalam masjid ni..dah alang-alang sampai, tinggalkan la jejak disini bak kata orang. Dalaman masjid yang sangat besar, bersih dan tenang sekali. Telekung-telekung yang ada disini pun sangat bersih. Memang tenang dan selesa.
Disekitar masjid ini, terdapat sebuah taman rekreasi yang sangat luas dan cantik. Kalau uols rajin dan masih larat berjalan, try la naik ke tingkat atas taman ni…boleh nampak view disekitar masjid yang sangat cantik.
Berdepan dengan masjid ini juga, terdapat simbol baharu Bandar Seri Begawan iaitu Brunei Frame. Memang mengujakan dan ianya sangat cantik. Pemandangan disini lebih cantik pada waktu malam. Boleh la try ambil gambar banyak-banyak kat sini. Pasti tak menyesal.
Kami dibawa ke sebuah kedai dalam bangunan berhampiran masjid iaitu di The FoodZone. I pilih untuk makan dimsum memandangkan perut masih kenyang lepas makan kuih-kuih tradisi kat Kampung Ayer tadi. Kat sini semua makanan best-best, kalau uols tengah diet, hmmm…lupakan jelah..rugi tak try. Harga makanan disini sangat murah kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia, cuma syaratnya uols jangan convert nilai matawang Malaysia dan Brunei..dan portion setiap makanan juga sangat besar, memang puas hati dan berbaloi.
Selepas makan malam, i request dengan Tn.Hj. untuk ambil gambar di Brunei Frame. Jadi kami jalan dan patah balik ke masjid untuk ambil gambar di situ. Ketika kami sampai disitu, keadaan nya sangat happening dengan gerai-gerai di sekitar taman rekreasi dan cahaya yang dipancarkan dari Brunei Frame menjadikan kawasan disitu sangat cantik. Memang tak terakam oleh kamera phone i yang cikai ni, but truly Subhanallah, sangat cantik.
Selepas beberapa shot gambar, kami bergerak ke Pasar Malam Gadong pula. Disini, merupakan pasar yang paling happening di Brunei. Uols wajib datang. Kebetulan waktu kami disini, sedang musim buah, jadi banyak lah buah pelik-pelik dan tak pernah dilihat ada dijual di pasar ni. Buah durian pun pelbagai jenis dan sangat murah. Memang geram tengok. Makanan pun banyak sangat sampai tak tahu nak beli apa. Tapi yang menariknya disini, kambing stew dijual dengan harga yang sangat murah dan of course sedap uolssss..makan la tanpa rasa bersalah..huhu..
Pasar Malam Gadong ni beroperasi antara pukul 4 petang hingga lewat malam. So uols boleh juga plan untuk makan malam kat sini. Jimat dan murah, sedap dan berbaloi, itulah definisi yang sesuai untuk Pasar Malam Gadong ni.
End of Day 1…
Recent Comments