Roti Keras
Hi! This is will be my 1st post in 2020..omggg..and its about food guyss…haha..but who cares kan? Asalkan bermanfaat untuk semua, i will share it..yeahhh..so apa resolusi uols untuk tahun 2020 ni? Hehe
Jom saya kongsikan cara-cara membuat ROTI KERAS. Actually this recipe i got from the other blog, tapi tak ingat which blog..hopefully pahala ilmu ni akan mengalir juga untuk tuan blog tersebut..aamiin..
Roti putih/roti wholemeal yang dah expired jangan buang tau..uols boleh jadikannya sebagai roti keras. Which is roti keras ni uols boleh jadikan ia sebagai menu minum petang (cicah dengan air favorite uols) or menggantikan snek yang berperisa tu (it’s not good for your health right?)…so makan la roti keras ni..
Okaayyy..jom tengok bahan & cara penyediaannya
Bahan :
1. Roti putih/roti wholemeal (saya guna yang dah expired 5hari lepas guysss..haha – janji masih elok)
2. Marjerin/butter
3. Gula untuk tabur atas roti ( if tak nak pun takpe)
Cara :
1. Sapu marjerin/butter atas roti
2. Tabur gula (jika suka)
3. Potong roti dalam size yang mudah untuk disimpan. Susun dalam dulang pembakar
4. Panaskan oven pada suhu 180° celcius selama 5minit – kalau pakai Noxxa, just set preheat 180° celcius
5. Bila oven dah cukup panas, masukkan roti yang telah disusun dalam dulang pembakar
6. Set masa membakar selama 20/25minit (bergantung pada oven masing2) dengan suhu 150° celcius
**Jika pakai Noxxa, 25minit dengan suhu 150° celcius tu cun dah..
7. Bila dah siap bakar, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
Selamat mencuba guysss..
**Makan roti keras takpe, jangan jadi keras kepala sudahlah..eh! Haha
Recent Comments