Trip to Hatyai Day3
Untuk hari ketiga, kitorang breakfast di Restoran Mustafa dan lepas tu menghabiskan duit di street market lagi haha…kitorang kat situ sampai pukul 11 lebih kemudian balik hotel dan berkemas untuk check out selepas zohor. Solat jamak + qasar siap-siap. Kitorang ambil tuktuk dari hotel ke train station sebab ada barang-barang..huhu (sebenarnya dekat je hotel dengan train station tu). Ermmmm, bayaran tuktuk dari hotel ke train station tu tak silapnya 120baht untuk 4 orang kot kalau tak silap. So kitorang sampai kat station awal sikit, boleh la lepak-lepak (again sebab utamanya tak nak berasak-asak).
Untuk perjalanan tengahari ni (keluar dari Hatyai), korang kena make sure duduk di tempat yang betul seperti mana yang tercatat dalam tiket sebab time nak keluar ni ramai orang dan semua pun ikut duduk di tempat yang dah ditetapkan. Kalau kat tiket korang tu tak diletakkan nombor coach dan seat, bermakna korang kena berdiri. Train berjalan tepat ikut waktu yang ditetapkan.
So sampai je kat border masuk Malaysia tu, maka bersesak-sesak dan adegan tolak menolak la ummat manusia nak masuk imigresen. Time ni korang akan rasa sedikit serik naik train sebab pintu imigresen Thailand hanya dibuka satu sahaja (serius tak boleh hadam apa function pintu banyak-banyak kat situ).
Settle je cop passport semua, kitorang kena lalu kastam Malaysia plak. So kat sini, korang kena bertabah la sebab semua beg di selongkar, cumanya beg saya masa ni tak kena selongkar sebab iols dengan selamber ambil beg dari tempat scan tu dan berjalan keluar, dan pegawai kastam tu tak perasan iols..haha. But my sister kena cukai jugak RM10 untuk beg khas yang kitorang letak barang-barang souvenir nak bagi family. Tips : kalau korang ade beli baju sehelai dua tu, make sure letak kat bahagian paling bawah beg (like us bawak backpack, so letak paling bawah, kastam tak check yang bahagian-bahagian bawah tu).
Then, kitorang kena pergi beli tiket komuter dari Padang Besar ke Arau memandangkan tiket ETS asal (balik) yang kami beli kena naik kat Arau. Harga tiket komuter dari Padang Besar ke Arau RM3.20. Kitorang sampai di stesen Arau selepas 45 minit sebab time tu komuter ade terberhenti jap tengah-tengah rails, masa tu cuak sebab takut tergendala lama kat atas rails tu dan takut terlepas train dari Arau ke TBS, tak pasal-pasal plak kena bermalam kat Arau, hahaha..tapi nasib baik sempat sampai dan sempat la melepak jap kat stesen Arau tu sementara nak tunggu ETS sampai.
Perjalanan balik tu well smooth je, tapi tak de la rasa seronok macam masa nak pergi aritu. Plus masa tu dah penat, so banyak tido je…haha..
Kitorang sampai di TBS around 1am.
So tamatlah sudah misi “Hatyai Backpackers” kami. InsyaAllah our next destination ke Brunei plak nanti. Stay tuned… 🙂
Recent Comments