Trip to Hatyai Day2
Hari kedua di Hatyai, kitorang sarapan di sebuah kedai berhadapan hotel. Saya install satu Apps di handphone (tapi tak ingat nama Apps tu sebab dah uninstall), dalam Apps tu lengkap dengan waktu solat, tempat makanan HALAL di sekitar tempat yang kita stay)..memang bagus Apps tu, so cari kat situ la kedai makan HALAL sepanjang di Hatyai, dan berdasarkan research yang dibuat sebelum datang ke Hatyai, ternyata apa yang ada dalam Apps tu betul.
Kami decide makan di Restoran Mustafa sebab lokasi nya dekat depan hotel je..sambil golek2 pun boleh sampai. So untuk breakfast day2, kitorang makan roti canai, range harga dalam 25baht untuk roti kosong, kalo roti telur rasanya dalam 30baht. Dan saya order air teh o ais (u should try air teh o ais Hatyai ni, lain mcm sedap:) ) harga around 20baht. Total makan untuk 4 orang 240 baht. Kat Restoran Mustafa ni, korang boleh kecek kelate siam sebab waiter dia paham dan tahu kecek kelate siam, tapi kalo korang tak reti kecek kelate siam, korang cakap je keyyelll..dia paham gak..huhu
Lepas breakfast, kitorang jalan-jalan ke street market di sekitar bandar tu – dekat dengan Lee Garden Market. Kat sini, banyak jual beg Deuters gred AAA kot. Harga pun ok juga, dan ada satu kedai yang kitorang beli beg ni dia terima duit RM. Tokei dia cina siam rambut panjang, body ala2 model gittew, dia kasi kitorang harga murah, tapi dia cakap lain kali kalo datang Hatyai, datang lagi kedai dia. Ntah tahun bila la kitorang nak repeat pergi Hatyai lagi, takut time tu dia tak ingat kitorang lagi dah..haha. Korang boleh tawar menawar kalau memang serius nak beli, tapi kalo tak serius nak beli, jangan main harga, nanti kena maki plak ngan tuan kedai ..hehe
Kalo datang Hatyai, biasanya orang akan beli kacang gajus atau kacang pistachio. So korang boleh beli juga kat area street market ni, sekilo harga dia dalam 450 ke 500 baht, tapi kalo nak murah lagi boleh pergi beli kat Floating Market – sana boleh dapat range harga 400 baht untuk sekilo. At least jimat jugak 50 baht, boleh la cover duit tiket train balik ke Padang Besar nanti, hehe..
Sapa2 peminat petai, korang boleh la borong petai kat sini weh, serius banyak gila, yg dah siap kupas pun adoo…harga tak ingat berapa, boleh tahan la murah, tapi tak tau la nanti bau ke tak kat dalam train tu, iols tak tanggung..huhu
Kat sini, kalo korang keluar awal pagi, penjual-penjual ni dapat jual murah sebab nak buat gori (melariskan) barang-barang diorang, so untung la kalo korang dapat pegi sini time diorang baru buka stall tu, aritu 1 talam mangga/pelam dia nak jual 200 baht je..kalo datang naik kereta, memang dah lama saya beli. haha.
Selain jalan-jalan kat street market tu, korang boleh juga pergi tempat-tempat lain yang menarik di Hatyai ni. Tapi kitorang tak nak buang duit pergi tempat-tempat yang ade entrance fee tu (membazir duit) sebab focus utama datang Hatyai nak relax-relax dan makan-makan je. So banyak habiskan duit untuk makan-makan je kat sana.
Lepas dah penat2 jalan kat street market tu, kitorang pergi ke stesen keretapi (jalan kaki jugak) untuk beli tiket train sebab tak nak berebut-rebut masa nak balik nanti (plus risau takut tak sempat beli tiket balik sebab nak kejar train dari Padang Besar ke Arau). So sama la juga, harga tiket balik 50 baht sorang.
Lunch kitorang makan kat Restoran Sulaiman (jalan kaki je, area dalam bandar tu jugak), dan kitorang order nasi goreng pataya 1, nasi putih 3, tomyam, telur dadar, kailan ikan masin, kerabu mangga, teh o ais 4 total 840 baht, quite mahal sebenarnya, tapi redho je la sebab waitress tu tak paham kitorang cakap.haha. Tips : nak jimat, korang order ala carte. Siap simpan resit dia sebab tak puas hati mahal sangat. hehe, sekali lagi kitorang pejam mata je bayar..haha
Lepas lunch, kitorang balik hotel dan rehatkan kaki, mandi, solat zohor. Owh ye, sebut pasal rehatkan kaki ni, kat Hatyai ni banyak je kedai-kedai refleksologi boleh urut kaki, harga tak ingat berapa tapi reasonable. Korang boleh la try.
Lepas solat jamak +qasar, kitorang turun lobi hotel dan deal dengan driver tuktuk untuk bawak kitorang pergi Floating Market. Sekali lagi kitorang cakap bahasa ayam itik ngan pakcik tuktuk, kitorang deal dengan dia – hantar pergi Floating Market, kemudian lepas tu dia drop kat Asian Night Bazaar. Kos sebuah tuktuk dari hotel – Floating Market – Asian Night Bazaar = 500 baht. Untuk pengetahuan korang, tuktuk ni kiranya kita sewa khas tau sebab dia akan tunggu kita dalam 2-3jam di Floating Market dan bawak balik hotel (perjalanan asal). Sebab tu harga mahal, dan kat Floating Market tiada tuktuk runcit sebab semua tuktuk ke Floating Market memang di sewa khas. Jangan lupa snap gambar tuktuk korang, takut lupa plak.
Tuktuk kaler merah ni hazab sikit bagi yang berkaki panjang, sebab dia punye bumbung & tempat duduk tu rendah sangat. Tips : pilih tuktuk warna biru kalo korang nak selesa ok. Tapi tak tau harga berapa, maybe lagi mahal atau sama. Kat depan hotel kitorang aritu, just ade tuktuk warna merah ni je, belasah je la, janji sampai.
Sampai-sampai je kat Floating Market tu, korang boleh sight seeing dulu sebab masa kitorang sampai tu, baru pukul 3 lebih gitu so Floating Market baru nak start bisnes. Tapi ok jugak sampai awal sebab korang takyah nak berasak-asak time nak beli makanan kat bot-bot tepi sungai tu, dah la cuaca panas, memang ketibas (ketiak basah)..haha.
Untuk sampai ke Floating Market di tepi tebing sungai tu, korang kena jalan kaki sikit tau dari tempat parking tuktuk, menyelusuri jambatan yang macam dalam gambar kat atas tu. Sepanjang jalan tu di kiri dan kanan ada kedai-kedai/stall yang jual makanan, baju, souvenir dan macam-macam lagi la..
Kat atas jambatan ni korang boleh la bergambar sebagai kenangan, cantik gak la view dia. Then, lepas dah puas ambik gambar tu korang boleh la jalan terus ke Floating Market tu.
So, nanti kalau korang nak beli souvenir ke apa, boleh beli kat sini. Quite murah la harga dia nak dibandingkan dengan Lee Garden Market tu. Signature baju kat Hatyai ialah batik celoreng warna biru putih, banyak korang beli kat sini dan ada kedai khas yang jual batik celoreng tu. Harga pun murah.
Air dalam pasu tanah liat macam dalam gambar kat atas ni harga 30baht je, dengan pasu-pasu ni skali boleh bawak balik. Macam-macam jenis air dan makanan korang boleh beli kat Floating Market ni, plus makanan dia mostly HALAL dan quite sedap la. Kalau diperhatikan, pada setiap bot tu ada papan tanda, and memang di tulis HALAL. So boleh makan dengan amannyadi sini, cumaaaaa, cuma nya tempat duduk di sini sedikit terhad. So kalo datang time panas ceng-ceng tu, terpaksa la berebut tempat sikit. Kat sini, if korang dah siap makan tu, cepat-cepat la blah,bagi peluang pada orang lain plak nak duduk makan dan jangan lupa sampah sarap sila buang sendiri sebab kat sini takde makcik cleaner akan bersihkan sisa-sisa atau plastik-plastik makanan korang tu.
Okay, lepas dah kenyang dan dah berhabis duit kat sini, lepas 3jam, kitorang pergi semula kat parking tuktuk tu dan lokasi seterusnya ialah ke Asean Night Bazaar. Kedai-kedai di Asean Night Bazaar ni dibuka jam 6 petang gitu…hari tu kitorang sampai awal, tokei kedai belum habis susun barang -barang lagi so kitorang decide untuk pergi makan dulu (makan lagiii..hahaha) kat tingkat atas Asean Night Bazaar ni. Memang syurga makanan betul kat atas tu, plus selesa sebab ada tempat makan yang proper dan bersih.
Kat sini, macam-macam makanan ada, dari makanan local sampai la ke western food. Jus buah fresh+original pun ada jual kat sini, dan ianya terrrrrrsangat-sangat lah sedap dan murah. Korang kena rasa. Saya pilih jus markisa, sedap tapi minum ngan kisaran biji-biji dia skali, rasa berhabuk sikit tapi sedap.
Mostly, harga-harga makanan kat Asean Night Bazaar ni murah dan sedap. Kalau hotel korang berdekatan sini, better makan kat sini je compared to makan kat restoran-restoran tengah bandar tu. Or, if hotel kat tengah bandar pun, just ambil tuktuk datang sini untuk makan, ok jugak, boleh jimat.hehe
Kitorang lepak kat Asean Night Bazaar ni dekat maghrib jugak, ambil tuktuk biru untuk balik ke hotel. Bayaran tuktuk dari Asean Night Bazaar ke hotel around 30baht sorang. Sebelum balik ke hotel, singgah jap kat Lee Garden Market beli aiskrim kelapa yang femes tu. Dapatlah merasa. Harga aiskrim kelapa ni bermula dengan harga 50 baht, korang boleh kongsi 2-3 orang sebab banyak jugak aiskrim tu. Actually, topping aiskrim kelapa ni korang boleh pilih apa yang korang nak, and ada additional cost. Kitorang beli aiskrim dengan topping yang biasa-biasa je (sekadar nak rasa).
Malamnya kitorang plan nak keluar lagi ke Lee Garden Market tapi hujan lebat, so lepak-lepak kat hotel je la kemas barang..huhu.
End of Day 2.
Recent Comments