Selamat Tahun Baru – 2019 –
2019..ramai yang duk up post pasal azam tahun baru. Apa azam korang untuk tahun ni?
Bagi saya, setiap tahun baru, saya selalu doa nak jadi seorang yang lebih baik, bertambah tahun maka bertambah usia, maka semakin dekat kita dengan kematian. Orang kata, “eyh, tak baik cakap mati, baru je masuk tahun baru, tak kan dah nak fikir pasal mati”…. bagi saya, kita memang kena sentiasa ingat mati setiap hari supaya hari-hari pun kita berusaha jadi orang yang lebih baik dari semalam. Sebab, kita tak tahu bila kita akan mati, apa bekalan kita nak bawak masuk kubur nanti kalau kita dah mati? Tepuk dada, tanya iman.
Setiap tahun baru juga, saya tutup buku lama, dan buka buku baru. Seperti nya kita akan menempuhi 12 bab kehidupan dan 365 harapan setiap tahun. Maka setiap hari adalah harapan baru untuk saya berubah jadi seperti apa yang saya inginkan.
Di sini saya senaraikan apa yang saya akan usahakan pada tahun 2019
- Solat awal waktu
- Kerap berpuasa sunat Isnin dan Khamis – sebelum ni saya berpuasa Isnin dan Khamis sebab nak ganti puasa, dan sekali harung dengan puasa sunat, tapi this year, cuba nak konsisten
- Menderma setiap bulan dengan konsisten – before this saya buat juga, tapi rasa tak cukup menderma – yakin setiap rezeki yang Allah bagi kita, ada terselit rezeki orang lain juga
- Lebih rajin solat Dhuha – sejak pindah ke ofis di Gambang, saya ada bilik sendiri, dan lebih mudah buat solat Dhuha dalam bilik sendiri – tapi tak konsisten -so tahun ni, cuba untuk buat setiap hari without failed.
- Lebih rajin bangun malam dan bertahajjud – kerap bangun malam, tapi mampu baca doa je..rasanya tahun lepas tak cukup 10kali pun buat tahajjud..huhu..kesian kat diri sendiri
- Baca Quran setiap hari (also nak khatam Quran every year) – last year Alhamdulillah dapat khatam Quran 2x walaupun kadang-kadang tak baca hari-hari
- Berfikiran lebih positif
- Sentiasa fikir yang baik-baik pada orang lain – kalau jumpa orang tak baik, kita doakan dia jadi baik
- Just focus pada diri sendiriĀ – bila focus pada diri sendiri, kita akan tiada masa nak focus pada orang lain, dan akan kurang mencari salah orang lain, tapi lebih masa untuk cari salah sendiri, dan perbaiki diri sendiri
- Cari bahagia yang Allah redha
Mesti korang tertanya-tanya, kenapa dari senarai di atas, tiada satu pun yang menyentuh pasal kerjaya, kan?
Jawapan saya; apa yang kita nak capai dalam kerjaya dah di senaraikan oleh bos saya dalam Competency Management System dan P4P System, so buat apa nak disenaraikan disini? Haha, yang tak de dalam senarai kehidupan kita, ialah senarai-senarai seperti di atas tu la.. jarang orang nak buat senarai macam tu dan achieve target, betul atau betul?
Apapun harapan dan azam kita, saya doakan semua nya tercapai. InsyaAllah. Aminn..
Recent Comments