Daging Itam Manis FBI
Holla! Kali ni saya nak review produk eFBI, iaitu Daging Itam Manis. Sebenarnya saya beli 3 jenis iaitu Daging Itam Manis, Daging Dendeng Lentok dan Ayam Itam Manis. Tapi saya baru rasa Daging Itam Manis je..huhu..
Harga : Komen jujur saya, dari segi harga agak mahal sebab total saya beli 3paket tu + postage ialah RM50 tapi sebab nak rasa untuk 1st time, pejam mata je bayar.
Portion : bagi saya kalau untuk makan kat rumah dan ada family members yang ramai tak sesuai sebab portion nya hanya untuk 2-3 orang sahaja (tu pun makan tak puas) hehe. Tapi sesuai kalau bawak pergi travel sebab bila travel kita tak makan banyak, just untuk alas perut, so bagi saya sesuai.
Kelebihan : ready to eat (boleh rendam dalam air panas sekejap sebelum makan atau guna microwave untuk panaskan) dan packaging yang tahan lasak
Rasa : untuk daging itam manis ni, rasa nya sama seperti daging masak kicap tapi versi sedikit masam dan kuahnya agak pekat. Saya punya rateĀ – 4/5 bintang.
Recent Comments