Korang teringin makan nasi kerabu? Jom lepak Mekla
Bagi peminat nasi kerabu, antara nasi kerabu paling ON di Kuantan adalah di Restoran Nasi Kerabu Mekla di Permatang Badak. Lokasi kedai yang agak tersorok dan ke dalam sikit, tapi korang boleh je guna Google Maps atau Waze, InsyaAllah boleh jumpa. Saya rasa almost warga Kuantan tahu tempat ni. Tak silap saya kedai ni dah beroperasi setahun lebih atau hampir setahun dan yang paling famous di sini mesti lah NASI KERABU!
![](http://blog.ump.edu.my/azlinaali/wp-content/uploads/sites/46/2018/12/20181215_180320-1024x576.jpg)
Nampak tak banyak botol budu tu? Ini signature restoran ni tau 🙂
Restoran Nasi Kerabu Mekla menyediakan pelbagai jenis makanan tradisi Melayu Kelantan, yang utamanya nasi kerabu dengan pelbagai pilihan lauk seperti ikan celup tepung, daging bakar, ayam kampung, solok lada, telur masin, bawang putih jeruk, gulai kari kambing, gulai ayam, ayam masak merah dan lain-lain makanan berat seperti nasi minyak, nasi berlauk, laksa/laksam kuah putih, pulut putih gaul nyor dimakan dengan ikan goreng/ikan masin, pulut manis gaul nyor, roti kukus cicah kuah gulai, kuih muih dan pada sebelah petang nya pula, ada macam-macam makanan lagi seperti mi kari udang, mi kari ayam, mi kari puyuh, colek paru+perut, colek ayam, yong tau fu, dimsum, dan lain-lain..penat nak senaraikan semua tapi bila datang sini, korang wajib try nasi kerabu dia ok..
Saya tak dapat nak sertakan gambar nasi kerabu dia sebab dah terdelete dari phone..ni je yang ada …huhu..
tapi last time saya pergi, saya juga tapau colek paru+perut berharga RM10. Niatnya cuma nak try rasa je..makan kat rumah, rasa dia boleh tahan sedap juga, macam rojak tapi kuah dia warna merah, rasa masam manis.
Kepada siapa-siapa yang datang Kuantan, jangan lupa singgah ke Restoran Mekla Nasi Kerabu ok..insyaAllah korang tak akan menyesal. RECOMMENDED!
Recent Comments