Ada apa dengan Restoran Nasi Vanggey?
Restoran Nasi Vanggey (RNV) mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan antara banyak-banyak cawangan tu, ada 2 cawangan di Kuantan. Satu di kawasan Indera Mahkota (IM) – berhadapan dengan UIAM dan satu lagi di Jalan Teluk Sisek – berhadapan dengan Annexe Rest House.
Saya dan kawan baik, Aishah selalu menjadikan RNV di IM port (tempat) untuk kami berjumpa, tapi tak pernah ke cawangan di Teluk Sisek. Oleh kerana minggu lepas saya sangat mengidamkan makan telur ikan, saya ajak Aishah lepak di RVN di IM, tapi sampai-sampai je tengok telur ikan dah tinggal serbuk..hahaha. So kitorang decide nak pergi RVN di Teluk Sisek, untuk cuba nasib (nampak tak gigih disitu..hehe)
Perjalanan dari IM ke Teluk Sisek mengambil masa lebih kurang 20minit (pemanduan cara saya) dengan melalui jalan Semambu dan terus ke Alor Akar dan keluar ikut jalan ke Teluk Cempedak. Kami sampai di situ jam 3.00 petang, perut pun dah berbunyi..huhu..tapi redha je la kalau telur ikan tu tak ada, decide untuk makan apa sahaja yang ada sebab dah lapar sangat.
Kawasan persekitaran RNV di sini tenang, dikelilingi pokok-pokok dan mudah parking, lebih open air berbanding di IM (tempatnya lebih tertutup – tapi ada juga yang jenis open air cuma tak setenang di Teluk Sisek). Perkara pertama yang kitorang check mestilah telur ikan..hahaha..Alhamdulillah, rezeki kami.
Anda boleh pilih jenis lauk yang disediakan,ada bermacam-macam jenis lauk yang semuanya nampak menyelerakan dan boleh pilih samada untuk makan nasi putih atau nasi beriyani. Saya pilih nasi putih dengan kuah kari campur, sedikit sayur bendi goreng, telur masin dan TELUR IKAN goreng kari kunyit. Kuah tu terlalu banyak untuk saya yang tak suka “banjir”, tapi sebab tak sempat nak bagitau aney tu, dia dah letak dulu..jadi i telan je laa..huhu..sedap wehhh.sumpah sedap..ni kiranya 1st time makan nasi kat RNV sebab sebelum-sebelum ni cuma makan yang jenis2 ala carte je macam roti bakar dan roti canai…so i RECOMMENDED uols datang sini dan try!
**harga untuk sepinggan macam tu tak tahu berapa ringgit sebab Aishah yang belanja, katanya sempena saya lulus exam Lead Assessor ISMS..haha..tq Chah, moga murah rezeki ko..
Recent Comments