SELAMAT BERPUASA
Cepatnya masa berlalu, dah 6 hari kita berpuasa. Amacam? Ok tak? Kalau tak ok, jom try tips yang saya nak share ni..
- Minum air yang mencukupi – minum air yang cukup pada malam hari dan waktu sahur. Anda boleh minum air manis, tapi lebihkan air kosong ya. Lagipun air kosong tak ada kalori dan sangat bagus untuk badan. Mungkin boleh gunakan tips minum air seperti gambar di bawah untuk memastikan air dalam badan kita mencukupi.
Tips minum air dibulan ramadhan
- Sibukkan diri dengan aktiviti – anda boleh mulakan hari dengan membaca Al-Quran, kemudian solat Dhuha 2 rakaat. Jika anda bekerja, anda boleh ke tempat kerja seperti biasa. Atau ana boleh sibukkan diri dengan aktiviti seperti mengemas rumah pada hari cuti, dan berkebun. Ya! Berkebun adalah satu aktiviti yang bagus apabila ada masa terluang. Ia seakan terapi melihat akan kehijauan alam dan akan membuatkan anda tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Selain itu juga, berkebun dapat mengeluarkan peluh dan badan akan berasa segar.
Berkebun dapat menyihatkan tubuh badan
- Keluar bersiar-siar – Pergilah bersiar-siar di sekitar taman atau tasik pada awal pagi atau petang, ia dapat menenangkan jiwa dan tanpa anda sedar, masa berlalu begitu pantas.
- Bersukan atau lakukan aktiviti yang anda suka – Sesetengah orang, berpuasa bukan satu alasan untuk tidak bersukan, namun jika bimbang badan menjadi penat, anda boleh lakukan aktiviti yang anda suka lakukan, contohnya menjahit, memasak/membuat kuih atau mengemas rumah.
- Makan makanan yang sihat dan segar sewaktu berbuka puasa – pilih makanan yang kurang berlemak dan berminyak, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Tapi jangan la makan sehingga terlalu kenyang, nanti cepat mengantuk.
- Rehat dan tidur yang cukup tetapi tidak berlebihan – ramai yang ambil kesempatan untuk tidur atas alasan badan penat kerana berpuasa. Tidurlah sekadar perlu dan tidur sekejap sebelum masuk waktu Zohor akan membantu anda bangun malam untuk beribadat di malam hari.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa!!
Recent Comments