5 Amalan Menjemput Rezeki
Assalamualaikum..
5 perkara ini adalah amalan saya untuk menjemput rezeki.Mungkin anda juga boleh amalkan untuk menjemput rezeki anda. Jom kita liihat apakah amalan-amalan itu :
- Sentiasa memberi nafkah/membahagiakan ibu bapa, adik beradik dan orang-orang yang rapat dengan kita
– Kenapa ini menjadi amalan pertama saya? Kerana dalam kehidupan saya, ibu bapa dan keluarga selalu menjadi keutamaan saya. Manakala teman-teman rapat menjadi golongan kedua yang saya sayang. Saya tidak mempunyai ramai teman rapat, jadi selain keluarga, merekalah tempat saya selalu berkongsi cerita suka dan duka dalam kehidupan saya. Jadi tak salah jika saya sentiasa berbelanja dan membahagiakan mereka. Bila kita selalu memberi dan membahagiakan orang lain, saya percaya mereka akan merasakan keikhlasan itu dan akan mendoakan kita tanpa syarat. Ibu bapa dan keluarga tentu sekali akan mendoakan saya kerana merekalah tulang belakang saya selama ini. Tanpa mereka, saya bukan siapa-siapa. Jadi, apa alasan saya untuk ketepikan mereka dari hidup saya dan saya rasa bahagia bila melihat ibu bapa dan keluarga saya gembira dengan apa yang saya berikan kepada mereka. Justeru, saya percaya mereka akan mendoakan saya. - Sentiasa bersedekah/memberi kepada orang lain walaupun duit hanya cukup-cukup untuk belanja sebulan
– Dalam kehidupan yang serba mencabar ini, dengan gaji saya sebagai kakitangan kerajaan, cukup untuk membayar rumah, kereta, insurans, membuat simpanan, belanja untuk mak, dan belanja duit minyak kereta, makan minum dan membeli keperluan harian saya. Walaupun kadang-kadang terlebih belanja dan duit hanya cukup-cukup sahaja untuk tunggu gaji seterusnya, saya akan pastikan saya akan bersedekah walaupun RM1. Jika saya tidak mempunyai duit (maksudnya duit peruntukan belanja bulanan sudah habis-tidak usik duit simpanan) saya akan masak sesuatu yang ada di rumah untuk dibawa ke pejabat dan mengajak kawan-kawan makan. Bila dah siap makan, biasanya mereka akan ucapkan “terima kasih aza, semoga murah rezeki aza” …see??? itu doakan? jadi kenapa nak bagi alasan lagi? hehe - Sentiasa berzikir
– Jarak rumah dan tempat kerja saya untuk sehala adalah 45km. Pada waktu pagi, saya akan melalui 5 traffic light. Jadi sementara menunggu lampu bertukar hijau, saya akan berzikir dalam hati atau membuat kiraan menggunakan kalkulator zikir. Anda boleh amalkan zikir-zikir murah rezeki atau kalau tak tahu,boleh je sebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar atau paling-paling, selawatlah kepada Nabi Muhammad s.a.w . Biasanya saya akan berzikir sampai kiraan 100 atau lebih. Tapi sebenarnya dalam jarak 45km tu, saya boleh zikir lebih banyak..hehe. Cumanya, lepas cukup 100/lebih, saya akan stop berzikir dan mendengar muzik kesukaan saya untuk memastikan diri saya sentiasa positif sebelum memulakan kerja. Memandu dalam jarak yang jauh boleh memenatkan badan dan minda, jadi ambillah masa untuk menenangkan diri. - Sentiasa menyenangkan dan memudahkan urusan orang lain
– Saya selalu percaya, jika kita menyenangkan dan memudahkan urusan orang, urusan kita juga akan dipermudahkan. Allah itu tidak kejam, Dia tahu bila masanya yang sesuai untuk mudahkan urusan kita. Jika tetap sulit, yakinlah bahawa Allah sedang menguji kita dan berbanyaklah mengingatiNya. Ambil hikmah di setiap ujian dan kesulitan yang diberikanNya. Saya selalu berbesar hati jika dapat menolong orang lain, ia bagai satu kepuasan kepada diri sendiri kerana boleh membuat jasa kepada orang lain. Tapi, jangan harapkan balasan, semoga dengan keikhlasan kita, orang yang kita tolong tu pasti akan doakan kita. Mudah kan? - Solat tahajjud
– Bab solat tahajjud ni, tak semua orang boleh istikhomah. Saya pun sama. Hehe.. Tapi, jika ada hari-hari yang saya lalui dan terasa sukar, saya akan set pada diri sendiri, saya akan bangun solat tahajjud dan berdoa supaya Allah mudahkan urusan saya. Selain tahajjud, saya akan solat sunat taubat dan solat sunat hajat. Dalam setiap doa pada solat-solat sunat itu, saya akan berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki saya. Apapun, sentiasa lah berbalik kepada Allah. Hanya dengan izin Dia, segalanya berlaku dengan baik.
**Rezeki itu, bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit, tetapi hadir dalam pelbagai bentuk. Justeru, pandai-pandailah bezakan ya..selamat mencuba!
Recent Comments