CPU

By | June 20, 2018

CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian.

Cores

Core merupakan bahagian utama yang menjalankan operasi pengiraan dan perbandingan. Sebelum ini, satu pemprosesan mempunyai satu CPU dalam satu pakej cip tersebut atau dipanggil ‘single core’. Tetapi pada hari ini dapat kita lihat teknologi telah berjaya untuk memasukkan dua CPU dalam satu pakej atau dipanggil sebagai ‘dual core’. Tidak berhenti di sini, tetapi boleh kita lihat hari ini sudah muncul ‘quad core’ dan ‘six core’.Kadar kepantasan CPu tidak hanya boleh dinilai melalui core , foktor cycle juga perlu diambil kira.

Cycle

‘Cycles’ merupakan unit kelajuan sebenar yang diukur untuk satu-satu cip pemprosesan dalam unit MHz atau GHz. . Sungguhpun terdapat beberapa faktor dan elemen lain yang perlu diambil kira, tetapi secara dasarnya satu cip dengan kelajuan kitaran 3.0 Ghz adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding 1.5 Ghz. Dan satu cip dengan kelajuan 500 Mhz adalah satu pertiga laju berbanding 1.5 Ghz.

 

CPU Intel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *